Intan Sarafina
Intan Sarafina

Intan Sarafina

Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya (lahir 2 Julai 1981) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Intan pernah popular dengan lagu Kembali dan Duhai Malam, di mana kedua-dua lagu ini layak ke separuh akhir Juara Lagu 2000 dan 2002. Intan juga pernah menyertai program One In A Million tetapi tersingkir di peringkat awal pertandingan. Berikutan komitmen rumah tangga, Intan menghilangkan diri dari industri hiburan selama 8 tahun. Intan akhirnya kembali muncul di persada seni pada Oktober 2016 setelah terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza (musim 3).[2] Bermula sebagai peserta underdog, Intan seringkali menjadi peserta terakhir dipanggil untuk layak ke minggu seterusnya, memberikan gambaran bahawa kedudukannya agak goyah di permulaan musim. Namun, Intan terus bertahan dan berjaya menunjukkan peningkatan ketara saban minggu. Bebas dari sebarang kontroversi dan drama, Intan meloloskan diri dari satu minggu ke minggu yang lain dengan menunjukkan prestasi yang konsisten. Buktinya, Intan hanya pernah menduduki kedudukan tiga terbawah sekali sepanjang musim. Intan akhirnya berjaya layak ke pusingan akhir dan menamatkan cabaran di tempat kelima.[3]

Intan Sarafina

Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Nama lahir Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya
Kelahiran (1981-07-02) 2 Julai 1981 (umurĀ 38)
Stulang Darat, Johor, Malaysia
Genre Pop, Balada
Tahun aktif 2000-kini